Hackers Mengadakan Tunjuk Perasaan

SEORANG wanita yang merupakan anggota penggodamkomputer memegang poster dalam tunjuk perasaan menuntut kebebasan bersuara di Stesen Sivik, San Francisco, California kelmarin.

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Empat stesen kereta api bawah tanah di sini ditutup buat sementara kelmarin dalam satu tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh kumpulan penggodam komputer, Anonymous berhubung kekejaman polis dan kebebasan bersuara.

Sebelum ini perkhidmatan kereta api bawah tanah utama di sini menutup rangkaian telefon bimbit di beberapa stesen kereta api bawah tanah pada Khamis lalu untuk mengelakkan para penunjuk perasaan daripada menganjurkan protes berhubung tindakan polis menembak mati seorang lelaki pada bulan lalu.

"Tindakan ini adalah untuk menutup mulut orang ramai," kata seorang aktivis berusia 41 tahun, Carlos Wilson yang hadir untuk membantah kekejaman polis dan penutupan rangkaian telefon pada minggu lalu.

Berpuluh-puluh penunjuk perasaan muncul di sebuah stesen kereta api semasa waktu puncak pada pagi kelmarin tetapi mereka bersurai selepas pihak berkuasa menutup stesen kereta api berkenaan.

Tidak lama kemudian, tiga lagi stesen kereta api bawah tanah ditutup kerana penuh sesak dengan penunjuk perasaan.

Polis berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini walaupun sejumlah anggota polis tiba di lokasi kejadian dengan memakai seragam dan kelengkapan antirusuhan.

Anonymous merupakan kumpulan penggodam antarabangsa yang pernah menceroboh sistem komputer di kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia selain beberapa agensi kewangan utama seperti PayPal, MasterCard dan Visa.- Reuters [Sumber]

Israel Serang Gaza,Palestin

BEBERAPA penduduk Palestin memeriksa lokasi serangan udara tentera Israel di Bandar Gaza, Palestin semalam.

BANDAR GAZA - Seorang penduduk Palestin maut dan tujuh lagi cedera dalam satu serangan tentera udara Israel di Genting Gaza, kata beberapa kakitangan perubatan Palestin semalam.

Tentera Israel menyatakan, pesawat-pesawatnya menjadikan empat kawasan di Genting Gaza sebagai sasaran bagi membalas serangan roket dari wilayah Palestin.

Jurucakap sebuah agensi perkhidmatan kecemasan yang dikendalikan pergerakan Hamas, Adham Abu Selmiya berkata, serangan itu menyebabkan seorang penduduk Palestin maut dan tujuh lagi cedera.

"Kami mengetahui kematian syahid Musa Shtawe akibat kecederaan selepas serangan di timur Bandar Gaza," katanya.

Tentera Israel tidak menyatakan secara terperinci lokasi sasaran serangan itu.

Namun, sumber-sumber Palestin menyatakan mereka mendapati terdapat lima serangan udara di Gaza.

Tiga daripada serangan itu mengenai sasaran di Bandar Gaza termasuk di kawasan penduduk Zeitun, kata mereka.

Di selatan, dua lagi serangan dilancarkan di timur Khan Yunis dan di sebuah terowong bawah tanah di sempadan Mesir dekat Rafah.

"Serangan di Rafah menyebabkan tiga orang cedera termasuk seorang kanak-kanak," kata Adham. - Agensi [Sumber]

India & Australia Tegang Kerana Baju Renang

Baju renang yang bergambar Dewi Laksmi
 Illustrasi Dewi Laksmi
Walau apa agama pun akan marah jika dihina. Bermula dari baju renang, kemarahan kini meningkat ke pertikaian diplomatik. Bermula dari Australia Fashion Week 2011 yang menjadi puncanya.

Seorang model catwalk dengan mengenakan baju renang bergambar Dewi Laksmi. Dewi Laksmi sangat dihormati dan dipuja umat Hindu India.

Pemerintah India telah membuat bantahan rasmi kepada Kedutaan Tinggi Australia di atas apa yang mereka sebut sebagai pencabulan.

Konsulat India di Sydney telah mengambil tindakan menghubungi pereka baju tersebut.

Seperti diterbitkan CNNGo, Parti Bharatiya Janata yang merupakan parti nasionalis Hindu telah membakar bendera Australia di selatan Hyderabad. Di Armritsar, kaum Punjabi turun ke jalan untuk memprotes hal itu.

Pereka baju renang tersebut , Lisa Blue telah meminta maaf pada halaman Facebooknya. “Kami ingin meminta maaf kepada siapa pun yang tersinggung. Kami memastikan gambar Dewi Lakshmi tidak akan muncul lagi pada sehelai pun pakaian renang kami untuk musim ini. Kami menjamin produk ini tidak akan dijual dalam Stockist atau outlet di mana pun di dunia.” - IsuHangat

Isu sensitif mcm nie la bahaya.. harap-harap India & Australia bawa berbincang elok2.. minta maaf secara terbuka :)

Acara Bola Sepak Diasingkan Jika PSSI Digantung

PETALING JAYA 24 Mei – Malaysia mencadangkan agar perlawanan bola sepak di Sukan SEA Indonesia ke-26 dijadikan acara yang berasingan sekiranya Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengambil keputusan untuk menggantung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, sekiranya FIFA menggantung PSSI, cadangan Malaysia itu akan dibincangkan secara terperinci pada mesyuarat Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) pada 17 Julai depan.

"Kita perlu melihat lebih terperinci mengenainya (kemungkinan penggantungan tersebut) dan tidak boleh salahkan penganjur sukan tersebut... mungkin kita kena buat salah satu acara berlainan.

"Kalau diizinkan, kita boleh buat satu acara lain di mana hos terdiri daripada negara-negara jiran untuk mengekalkan semangat setiakawan pada acara Sukan SEA itu,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
PSSI kini berkemungkinan digantung oleh FIFA berikutan kegagalan persatuan tersebut melantik barisan kepimpinan baru pada kongresnya, Jumaat lepas.

FIFA dijangka membuat keputusan mengenai masa depan PSSI dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya di Zurich, Switzerland pada 30 Mei ini.

Sekiranya digantung, PSSI tidak boleh beraksi dalam sebarang perlawanan bola sepak yang dikendalikan FIFA termasuk Kelayakan Piala Dunia 2014 dan Sukan SEA yang akan dianjurkan Indonesia dari 11 hingga 27 November ini.

Tengku Abdullah berkata sekiranya PSSI digantung, tindakan tersebut diharap tidak melibatkan sukan bola sepak kerana masalah itu berlaku bukan berkaitan dengan sukan tersebut atau pemain-pemain tetapi masalah organisasi itu sendiri.

"Dalam hal ini bola sepak menjadi mangsanya dan saya harap FIFA perlu mempertimbangkan dengan sewajarnya,” katanya. - Bernama