Dua Telefon Bimbit Paris Hilton Hilang

MANILA: Paris Hilton dilanda masalah baru dalam hidupnya apabila kehilangan telefon bimbit.

Bintang televisyen itu dilaporkan hilang dua telefon bimbit ketika menaiki kapal terbang ke Filipina bagi tujuan promosi sebuah hotel.

Rakaman televisyen menunjukkan Hilton mencari sesuatu dalam begnya sambil kelihatan kecewa ketika dikerumuni kakitangan syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Manila, lewat malamt adi selepas tiba dari Dubai.

Stesen radio Manila, DZBB melaporkan lapangan terbang dan pihak syarikat penerbangan masih menyiasat kes berkenaan. - AP [Sumber]

Wajah Perompak Barang Ashraf Disiarkan

LONDON - Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam.

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London.

Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya.

Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.

Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube.

Donovan kini ditahan di sebuah penjara. - Agensi


Ada sape2 kenal tak? kalau kenal bagitau pak polisi ya.. hehehehe