Bersahur di Ranjang ?

"Klik Untuk Saiz Besar"

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila ramai lelaki hidung belang, termasuk berusia emas, terperangkap dengan pakej ‘dangdut sampai sahur’ di sebuah kelab dangdut terkenal di ibu kota hingga sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan lelaki Islam pada bulan mulia ini.

Nyata lelaki terbabit longlai dengan tarikan istimewa di kelab itu. Keadaan itu tidak mengejutkan kerana hanya dengan bayaran RM40 sejam, pelanggan bukan saja boleh mendapatkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘bergetah’ sebagai teman berhibur, malah menemani mereka bersahur dan di bilik tidur.

Wartawan Metro Ahad yang menyamar sebagai pelanggan di kelab itu mendapati khidmat hiburan ditawarkan menarik perhatian, terutama mereka yang lemah iman.

Dibuka seawal jam 9 malam, pelanggan boleh menempah mana-mana 20 pelayan yang sedia menemani hingga ke pagi. Layanan diberi juga terserah kepada pelanggan, sama ada ingin berhibur di bilik karaoke atau menjadi teman menari dangdut sampai ke pagi.

Berdasarkan perbualan bersama seorang pelayan, dia bersetuju dibawa ke mana saja destinasi diingini, asalkan pelanggan sanggup menanti sehingga tamat waktu bekerja dengan bayaran tertentu.


"Klik Untuk Saiz Besar"
Harian Metro

SubhanAllah.. di Bulan Mulia nie.. jauhi la aktiviti macam nie.. tingkatkan Ibadat.. :)

Krisis Khairul Fahmi & Elia Kerana Orang Ketiga?

Metro Khairul Fahmi Putus Tunang
KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.
“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

Sumber:- Metro

Adinda Evans di Harian Metro

Wow..!! meletup! budak berusia 14thn telah mempopularkan dirinya dengan kenyataan di bawah nie..

ni lagi 1 punyaa hal . aku tau dlm dunia ni tak ramai ponpuan ada DARA. skrg susa nk dpt girl yg ade dara . aku kesah ape org nk pggil aku bohsia ? lau kau mara org pggil kau bohsia , means betol la yg kau tu bohsia . sedar sedar la weh .. jgn ingat dlm dunia ni aku srg je tade dara ! pkir sbelum ckp . YEAHH . aku jujor la dgn korang , AKU DA PERNAH MAEN ! puas ? ade ke org nak mngaku mcm ni ? takkan punya .. bia org nak pandang hina kat kita . asalkan kita ade MARUAH DIRI ! thankyou
nie pulak kenyataan balas beliau terhadap kecaman terhadapnya daripada blogger..


apahal korang nak heboh-2 cerita pasal aku ? apa yg korng nak sbenarnya weyy ?! apa yg korng tak puas haty sgt dgn aku . knp GRO-2 kat pub tu korng taknak judge . weyhh , ada yg lebih teruk dr aku tau ark . budak 12 tahun mngandung korang taknak kecoh pulak kan ? apa masalah korng ni ? tak suka aku ? PEGY MENINGGAL la ! kau ingt aku ni kejar hot sgt mm korng ? nak buat blog harian metro baghaii ! derr ! WA ADE DARA KE , TAKDE DARA KEH AKU ADA SUSAHKAN MAK BAPAK KORANG KE DOHH ? siket pun takde kan ? nak ckhp aku ada hbungan SULIT DGN AMIR RAJALWAK ? SUMPAH TAKDE TASTE LANSUNG LAH DGN DIA TUH ! kalau YE pun nak bg aku popular , bukan dgn cara ni weyy .

TAK MATANG ke korng ni ? aku mngaku sbb aku jujur . and aku tulis mcm tu sbb EX COUPLE aku tak puas haty dgn aku . dia duk sebuk-2 tnye pasal DARA aku . dgr yeah WAHAI MASYARAKAT , KORANG PEGY TNYE BUDAK-2 ZAMAN SKRNG KAT BUKIT BINTANG (bb) TU , ADA TAK YG STILL VIRGIN . ? SEPARUH boleh kata “TAKDE” tau ark ? so kalau korng buat mcm ni sbb nak malu kan aku ? tak payah la derr . nak buat filem bagaii ? eyh eyh ! siket pun aku tak mnat lah . perjalanan aku masih jauh . suka hati korng laa nak ckp aku ni BOHSIA , GRO , SUNDAL ke apa ke . korng ingt aku BATAK sgt ke HOT HOT ni ? eyh , biarpun aku takde DARA , tp MAK BAPAK aku still boleh terima yg aku ni anak dia .

HINA sgt ke aku weyy ? aku JUJUR . tak payah nak sok-2 nasihat aku bagaii derr ! aku tau diri aku and aku boleh berubah sendiri . kakak aku pun boleh terima lagi adek dia yg korng pndang hina ni . Biarpun kakak aku ckp akuni bohsia ke apa . biar orng nak ckp aku ni apa . suka hati korng lah nak ckp aku ni apa . AKU CKUP TERSEKSA hdup mcm ni . apa yg korang nak sbenarnya huh ? akunak tnye tu je . apa yg korang nak smpai nak buat fanpage bagaii ? tak suka aku ? SHUT UP AND GO DIE lah ! HOHO , korng ingt korng buat mcm ni , orng suka kat korng lah ? orng TABIK lah korng nak malu kan aku ? okayh fine . malam ni malam jumaat 02.06.2011 . esok birthday aku 03.06.2011 aku BERSUMPAH sesiapa yg buat fanpage and cerita-2 burok pasal aku ni akn kne 1 hari nanti . aku BERSUMPAH . and FYI ; aku bukan hanya ISLAM dlm IC . so korng jgn nak memandai JUDGE aku smpai nak heboh-2 pasal aku . ! F A H A M ?

sekarang nie beliau telah kuar surat khabar harian metro..


Ceritera:- jadi disini bukanya untuk mempopularkan lagi beliau, tetapi jadikanlah sebagai pengajaran untuk kita semua.. ada benda kita boleh kongsi adanya tak.. tp kita kena ingat.. kita mempunyai harga dan maruah diri.. lebih-lebih lagi beragama Islam.. jangan buat Agama dan Bangsa kita dipandang serong.. jadikan iktibar untuk semua!